Pendawaian Rumah Komuniti

Laporan Download -> LAPORAN AKTIVITI PENDAWAIAN RUMAH KOMUNITI 

Tajuk                           : Program Pendawaian Rumah Komuniti

Anjuran                        : Unit CSR KKKT dan Program Pemasangan Elektrik

Tempat                        : Padang Landak, Besut

Tarikh                          : 2 & 4 Februari 2016.

Masa                           :8.00 pagi – hingga 6.00 petang

 

Penyelaras/ Tenaga Pengajar:

  1. Mohd Sahal Bin Harun
  2. Abdullah Bin Bedul
  3. Mohd Haffiz Bin Zainal Abidin
  4. Mohd Zuhairi Bin Mustafa

 

Bilangan Peserta         :5 orang pelajar

 

  1. Pengenalan

Program pendawaian rumah komuniti ini merupakan salah satu program CSR (Community Service Responsibility) yang diamanahkan kepada Unit Elektrik KKKT. Gabungan kepakaran tenaga pensyarah dan pelajar ini menjadikan CSR rumah komuniti menjadi kenyataan buat penduduk yang menerima bantuan tersebut.

 

Antara objektif program ini adalah:

  • Merealisasikan program CSR Rumah Komuniti yang dianjurkan Kolej Komuniti

Malaysia bagi membantu penduduk memiliki rumah mampu milik.

  • Memberi latihan yang tersusun dan dinamik untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kepada pelajar ke arah mencapai kesejahteraan hidup kendiri dan
  • Meningkatkan tahap kemahiran bagi golongan pelajar.
  • Menyediakan peluang untuk peningkatan kemahiran pelajar dan latihan semula kemahiran sedia ada pelajar.
  • Membantu pelajar melihat , merasai suasana pekerjaan sebenar dan

Memberikan sumbangan berbentuk khidmat kepada rakyat yang memerlukan

bantuan.

  1. Kesimpulan/ Kejayaan Program

Pelaksanaan Program CSR Pendawaian Rumah Komuniti telah berjaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan ianya ternyata membantu meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan di masa akan datang sejurus menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pelajar juga lebih teruja untuk memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat kerana mendapat pengalaman berharga daripada program yang dijalankan. Semoga pelaksanaan program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Bil Prosedur Butiran Kerja
1. Membuat rangka pendawaian menggunakan paip PVC Konduit. Laluan dari DB ke Ruang Tamu, Tandas dan Bilik Tidur 1,2,3.
2. Membuat pendawaian utama daripada point DB ke point terakhir di lampu luar halaman. Laluan dari DB ke Ruang Tamu, Tandas dan Bilik Tidur 1,2,3.
3. Membuat pemasangan suis lampu,suis kipas,lampu,kipas sangkut dinding. 1.    Ruang tamu 2 point lampu kalimantang. 2 point kipas,2 point Soket alir keluar 13 Amp.

2.    Bilik 1, 1 point lampu 1 point kipas.

3.    Bilik 2, 1 point lampu 1 point kipas,1 point Soket Alir Keluar 13 Amp.

4.    Bilik 3, 1 poin lampu 1 point kipas,1 point Soket Alir Keluar 13 Amp.

5.    Halaman Belakang 1 point lampu.

6.    Halaman Hadapan 1 point lampu.

7.    Tandas 1 point lampu.

8.    Dapur 2 point Soket Alir keluar 13 Amp.

4. Memasang dan membuat pendawaian DB menggunakan papan kayu sebagai pelapik. 10 way Distribution Board digunakan sebagai peralatan perlindungan.
5. Memasang papan meter dan service Hook untuk cable TNB. Papan meter perlu disediakan dengan Nombor Lot Rumah.
6. Membuat sistem pembumian rumah. Menanam elektrod bumi bertutup dengan earth chamber sebagai memenuhi prosedur keselamatan elektrik.
7. Mengambil gambar papan meter dan nombor LOT Rumah. Membuat proses permohonan kepada TNB untuk proses memasang bekalan elektrik di tiang dan meter.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.